PENGUMUMAN :
Post Terkini

MAJLIS SOLAT HAJAT PERDANA, BACAAN YASSIN DAN RESTU ILMU




PROGRAM MOTIVASI  SOLAT HAJAT PERDANA, RESTU ILMU MURID-MURID ISLAM DAERAH LAWAS
ANJURAN PIBG SK AGAMA (MIS) LAWAS
DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA MASJID BESAR LAWAS

1.0       PENDAHULUAN
Bagi merealisasikan visi dan misi sekolah dan jabatan pendidikan daerah Lawas, pelbagai usaha dirangka dan disusun bagi mencapai hasrat tersebut. Penganjuran aktiviti atau program ini dapat memberi nilai tambah kepada murid, khususnya calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sehubungan dengan itu, program ini dilihat sebagai satu usaha yang murni dengan harapan agar anak-anak didik calon UPSR pada tahun ini lebih bersemangat untuk  menghadapi peperiksaan UPSR.

2.0       OBJEKTIF
       2.1       Memberi restu ilmu daripada guru-guru dan ibu-bapa kepada semua calon UPSR 2014 sebelum menghadapi UPSR.
       2.2       Memberi suntikan semangat kepada mereka berupa hadiah galakan agar mereka lebih bermotivasi untuk berusaha sehabis baik di saat-saat akhir sebelum peperiksaan bermula.
       2.3       Memohon keredhaan daripada Allah s.w.t agar semua murid diberi ilham semasa menjawab soalan peperiksaan nanti.
       2.4       Mendoakan semua calon UPSR agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang.

3.0       TEMPAT
Masjid Besar Daerah Lawas

4.0       TARIKH
4 September 2014 (Khamis)

5.0       KUMPULAN SASARAN
Calon-calon UPSR 2014 SK Agama (MIS) Lawas & Sekolah-sekolah terlibat daerah Lawas
Senarai sekolah yang terlibat :
1.SK Agama (MIS) Lawas
2.SK Belipat Lawas
3.SK Punang Lawas
4.SK Merapok Lawas
5.SK Ulu Merapok Lawas
6.SK Ladang Baru Lawas
7.SK Batu Lima Lawas
8.SK Aru Baru Lawas
9.SK Luagan Lawas

6.0       AHLI JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran I

7.0       TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran I
8.0       ANGGARAN BELANJAWAN
Rujuk Lampiran III

10.0     PENUTUP
Justeru itu, semoga program seumpama ini dapat mencetus satu paradigma positif kepada saf kepimpinan guru dan murid-murid sekaligus melonjakkan kecemerlangan sekolah. Sesungguhnya murid-murid akan dapat mengetahui dan memahami terhadap pelajaran mereka dengan lebih baik lagi dengan terlaksananya program ini. Oleh itu, jalan ke arah kejayaan akan menjadi semakin mudah untuk dilalui. Akhir kata, semoga segala sokongan dan kerjasama daripada semua pihak dalam menjayakan program ini akan dapat membuahkan hasil seperti yang diharapkan, supaya golongan murid  yang  cemerlang, gemilang dan terbilang akan terhasil. Semoga segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.





TENTATIF PROGRAM

Tarikh:    4  SEPTEMBER 2014

6.00 ptg          : Kehadiran guru, murid dan ibu bapa.

6.30 Ptg          Solat Maghrib berjemaah

                        - Solat Hajat
                        - bacaan surah Yaasin
                        - Restu Ilmu
                        - Solat Isya’ berjemaah
                        - Tazkirah
                        - Jamuan makan & minum
                        - Bersurai

LAWATAN PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM PUTRAJAYA


 
Team Support : Guru ICT | Juruteknik Komputer
Copyright © 2013. SK AGAMA (MIS) LAWAS SARAWAK - All Rights Reserved
Template Created by SKAMISL2013 Published by Website Admin
Powered by Blogger