PROGRAM MOTIVASI SOLAT HAJAT PERDANA, RESTU ILMU MURID-MURID
ISLAM DAERAH LAWAS
ANJURAN PIBG SK
AGAMA (MIS) LAWAS
DENGAN KERJASAMA JAWATANKUASA MASJID
BESAR LAWAS
1.0 PENDAHULUAN
Bagi
merealisasikan visi dan misi sekolah dan jabatan pendidikan daerah Lawas, pelbagai
usaha dirangka dan disusun bagi mencapai hasrat tersebut. Penganjuran aktiviti
atau program ini dapat memberi nilai tambah kepada murid, khususnya calon Ujian
Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Sehubungan dengan itu, program ini dilihat
sebagai satu usaha yang murni dengan harapan agar anak-anak didik calon UPSR
pada tahun ini lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
2.0 OBJEKTIF
2.1
Memberi restu ilmu daripada guru-guru dan ibu-bapa kepada
semua calon UPSR 2014 sebelum menghadapi UPSR.
2.2
Memberi suntikan semangat kepada mereka berupa hadiah
galakan agar mereka lebih bermotivasi untuk berusaha sehabis baik di saat-saat
akhir sebelum peperiksaan bermula.
2.3
Memohon keredhaan daripada Allah s.w.t agar semua murid
diberi ilham semasa menjawab soalan peperiksaan nanti.
2.4
Mendoakan semua calon UPSR agar dapat mencapai keputusan
yang cemerlang.
3.0 TEMPAT
Masjid
Besar Daerah Lawas
4.0 TARIKH
4
September 2014 (Khamis)
5.0 KUMPULAN
SASARAN
Calon-calon UPSR 2014 SK
Agama (MIS) Lawas & Sekolah-sekolah terlibat daerah Lawas
Senarai sekolah yang
terlibat :
1.SK Agama (MIS) Lawas
2.SK Belipat Lawas
3.SK Punang Lawas
4.SK Merapok Lawas
5.SK Ulu Merapok Lawas
6.SK Ladang Baru Lawas
7.SK Batu Lima Lawas
8.SK Aru Baru Lawas
9.SK Luagan Lawas
6.0 AHLI
JAWATANKUASA
Rujuk Lampiran I
7.0 TENTATIF
PROGRAM
Rujuk Lampiran I
8.0 ANGGARAN
BELANJAWAN
Rujuk Lampiran III
10.0 PENUTUP
Justeru itu, semoga program seumpama ini dapat
mencetus satu paradigma positif kepada saf
kepimpinan guru dan murid-murid sekaligus melonjakkan kecemerlangan sekolah.
Sesungguhnya murid-murid akan dapat mengetahui dan memahami terhadap pelajaran
mereka dengan lebih baik lagi dengan terlaksananya program ini. Oleh itu, jalan
ke arah kejayaan akan menjadi semakin mudah untuk dilalui. Akhir kata, semoga
segala sokongan dan kerjasama
daripada semua pihak dalam menjayakan program ini akan dapat membuahkan hasil
seperti yang diharapkan, supaya golongan murid yang
cemerlang, gemilang dan terbilang akan terhasil. Semoga segala gerak
kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T.
TENTATIF
PROGRAM
Tarikh: 4 SEPTEMBER
2014
6.00 ptg : Kehadiran guru, murid dan ibu bapa.
6.30 Ptg Solat
Maghrib berjemaah
- Solat Hajat
- bacaan surah Yaasin
- Restu Ilmu
- Solat Isya’ berjemaah
- Tazkirah
- Jamuan makan & minum
- Bersurai
Post a Comment